SECRET ISLAND , BIG ISLAND, CENTRE ISLAND
10.10.2015 - 11.10.2015
MERSING, JOHOR

Assalammualaikum....hai everone...buat ape tuuuuuu??? kali nie cik xara nak share sikit jurney cik xara ke pulau dengan girlfriend ....
tanggal 10.10.2015 hingga 11.10.2015 tercapailah impian kami untuk bercoti bersama-sama setelah beberapa kali plan untuk bercoti bersama tidak jadik!!!!arghhhhh....finally! berjaya jugak buat trip ini....
beberapa kali member-member cik xara complain..
"kau nie kalau nak berjalan rojer la dulu!" 
" yala t aq rojer"
lega rasanya dapat tunaikan permintaan kawan-kawan.....
bukan senang cik xara nak kumpulkan orang pergi ke sini..mengambil masa hampir 2 bulan lebih untuk merancang trip ini...bermula dengan invite di facebook cik xara...hanya berapa orang yang sudi ....setelah member-member cik xara confirm hendak pergi , cik xara contact KIMI (tour guide) geng PULAU KITA untuk organize trip kami...bermula dengan bertanyakan package , kutip bayaran 1/2 and than bayaran 1/2 ..semua berjalan dengan lancar...senang berurusan dengan kawan-kawan..
namun kita hanya merancang..hanya tuhan yang menentukan...
lagi beberapa minggu sebelum pergi kami dikabarkan pulau yang kami akan pergi ini TIDAK BOLEH masuk lagi....
dah rasa tak best da time tu...ok tenang..tenang~ contact Kimi semula...& cik xara dapat jawapan..kami ditukarkan ke pulau lain pula...ada masalah sedikit jabatan laut tidak benarkan...so jangan pertikaikan...
setelah kami diberitahu kami ok saje...setuju saja dengan trip ini....tetap teruskan juga...
telah tiba masa dan ketika trip kami pergi..
Mereka tiba di rumah cik xara pada 9.10.2015...kami berkumpul & bincang sedikit perjalanan..2.30pagi kami mulakan perjalanan ke Mersing...perjalanan kami alhamdulillah selamat sampai dan selamat pulang..walaupon semasa perjalanan kami diselubungi oleh kabus yang tebal ...jam 5.30 pagi kami sampai di Endau, Mersing untuk bertemu seorang lagi kawan kami ....memandangkan sudah subuh kami singgah di surau dan sembahyang subuh di situ...
kira-kira jam 6 pagi kami meneruskan perjalanan dengan 3 buah kereta semuanya ke jeti Mersing...
sampai di sana kami tidak menunggu lama..Kimi telah menunggu kami & group lain...kami di arahkan pergi ke jeti untuk membuat pendaftaran siapa yang pergi trip ini....
sebanyak 2 bot besar & 1 bot kecil yang berjalan sama dengan kami....
sepanjang perjalanan kami dapat melihat pemandangan yang cukup menarik...banyak pulau-pulau....mengagumkan..perjalanan untuk sampai ke Pulau Rahsia mengambil masa lebih kurang
 1 jam ....
setelah sampai kami diberi taklimat sama ada mahu hiking @ tidak....so kami semua setuju untuk hiking naik ke atas demi moment yang lawo...bhahahhahahahaha.....
perjalanan untuk mendaki dalam 200-300meter tingginya dari aras laut....pendakian yang agak perlahan kerana stuktur bukit yang mencanak-canak..
"sabarla ya kawan-kawan"
Pulau Rahsia adalah sebuah pulau yang tidak berpenghuni,,,tidak sesuai untuk penempatan....
sampai je atas....wawwwww!! subhanallah indahnya ciptaan-MU
ape lagi posing laaaaaaa....alhamdulillah jerebu kurang semasa kami disana....
puas kami menikmati pemandangan...ambil gambar..kami turun semula ke pantai....mandi manda sebentar kemudian naik bot semula untuk pergi ke pit stop yang lain pulak.....
lebih kurang 40 minit untuk sampai ke Pulau Tengah...
sampai disana kami menikmati hidangan bekalan yang disediakan oleh pihak Pulau Kita...lapar sangat so makan sampai kenyang....lepas tu terjun tiruk laaaa ape lagi...snokling...tapi sayang coral banyak mati & tidak banyak ikan....yang banyak adalah landak laut....& ad insidence yang berlaku dimana rakan-rakan saya dapat hadiah dari penghuni laut...kena serang dengan duri landak laut...mybe terpijak tidak perasan..maafkan kami landak laut....
setelah puas bermandi manda kami dibawa pula ke destinasi lain pula, iaitu ke PULAU BESAR @ PULAU BABI BESAR...semasa dalam perjalanan kami melalui pulau-pulau yang cantik-cantik..antaranya Pulau Harimau( pulau yg kami cxl pergi), Pulau Gual, Pulau Mensirip, Pulau Rawa...cantiknyaaaa....
Sampai di Pulau Besar kami dibenarkan untuk berjalan-jalan mencuci mata dipulau itu....Pulau Besar adalah salah satu private island selain Pulau Rawa...boleh tahan cantik la pulau nie kalau nak pergi bercuti...tenang....
setelah dipanggil untuk naik semula ke boat kami dibawa ke tempat untuk snokling yang ke-2....& di sini terdapat banyak coral besar-besar...ikan sedekit sahaja.....ok la cantik dapat la jugak rakam video coral...tapi letih nak berenang jauh makngaiiiiii ..hahahhahahahhaa....nampak la ikan NEMO, parrot fish, landak laut...starfish je x nampak....ikut spongebob naik darat kot...bahhahahahahaha...
kemudian kami pulang semula ke boat setelah puas melihat coral di sana...arghhhhh malasnya nak berenang pulang...jauhhh wehhhh....letih ngayuh...nasib x crem kaki....nasib Kimi hado tarik kite orang berdua....fuhhhh sampai bot pengsan keletihan....
last pit stop kami kerana telah larut petang, pulang kami keganggang....huhuhu
sampai dijeti, kami mencari klinik untuk kawan kami...malangnya banyak yang tutup...huhuhuhuhu...alhamdulillah jumpa & kena sedas dua jarum...
kami tidak pulang ke Segamat tapi kami bermalam di Penyabong Warisan Resort..
thanks Faizah booking bilik kiteorang...di sana kami rehat sepuas-puasnya....bilik ok nice, selesa...
pada malamnya kami makan diluar dengan keadaan amat letih....ape yg membuatkan kami agak marah adalah service kedai makan yang tidak memuaskan hati....panas hati,,,,tidak mengapalah..makan la ape yang ada ...nak keluar jauh pulak....huhuhu...sudah makan kami pulang & rehat, tido sampai tak sedar ape...
keesokkan paginya kami sarapan. thanks again Faizah blanja kami sarapan pagi...sedap....
selepas sarapan rakan-rakan ajak mandi kolam...cik xara tak mandi sebab da mandi pagi-pagi..malas nak mandi lagi....tukang ambil gambar je la....
ada yang berkayak...seronok tengok mereka gembira....tah bila lagi dapat macam nie..kami da berkawan sejak dari zaman tadika lagi...ada juga rakan dari zaman study....mereka tidak kenal satu sama lain, tapi alhamdulillah mereka boleh satu kepala...thanks kowg buat percutian ini menarik!!

kemudian kami checkout & jalan-jalan disekitar mersing, jalan-jalan dipersisir pantai...
singgah beli keropok lekor, ikan bilis, sata...
kemudian kami pulang & berpisah dengan seorang rakan kami yang memang tinggal di mersing...selamat tinggal Faizah sampai jumpa nanti dilain waktu....
gerak la kami 2 kereta pulang ke Segamat....
tiba di Segamat kami berpecah..sebuah kereta terus pulang ke Melaka & Klang...
tamat sudah percutian kami....

salam sayang dari cik xara
diharap persahabatan ini kekal hingga di akhirat nanti~~~

JOM TENGOK GAMBAR..mana tau kowg nak pegi pulak...

LEPAS INI CIK XARA NAK PEGI MANA PLAK??
TUNGGGUUUUUUUUU.......



































































Comments

Popular posts from this blog

HUTAN LIPUR KAWANG, PAPAR SABAH

SABAH : GG, HAFIZAH, CIK XARA HOLIDAY