RINCHING ATV PARK
ATV RINCHING
PINGGIRAN DANAU
22.11.2014 - 24.11.2014
PINGGIRAN DANAU
22.11.2014 - 24.11.2014
Assalammualaikum hai uolls...
Tidak pernah tercapai dipikiran cik xara dapat mencuba aktiviti ini memandangkan dalam keadaan yang tidak mengizinkan ini...ternyata ianya benar-benar terjadi..terima kasih kawan sudi menunaikan impian cik xara.....bertemu lagi dengan kawan baru....cik xara main redah je..tidak kenal pon tidak mengapa..kita boleh berkenalan..tapi agak berat mulut la..sebab tidak kenal...
ATV
sukan permotoran yang lasak dan memerlukan kekuatan tangan untuk handle motor bertayar empat tersebut. bagi cik xara yang memerlukan kekuatan tangan amatlah berhati-hati..kerana dalam tangan cik xara ada mesin..kalau rosak, mahal nak buat semula...awal-awal da cakap dekat brother guides yang cik xara perlu perhatian lebih...dan mereka banyak membantu..terima kasih semua...kawan-kawan pun banyak membantu..terima kasih.
Cik xara pergi ke rumah kawan dengan menaiki bus sahaja...sampai sahaja di TBS kawan cik xara jemput...beramai-ramai kowg jemput cik xara kan! sweet....lepak minum di PAK ALI CAFE..kemudian kami pulang dan zZzZzzz esoknya da nak gerak ke RINCHING, Semenyeh.
keesokannya kami berkumpul di JABATAN PERANGKAAN NEGERI SELANGOR ...kemudian kami bergerak bersama-sama ke Rinching...jauh juga kedalam...tetapi seronok....melihat keindahan kampung....
sampai saja di sana kami disambut oleh pekerja di ATV Rinching....
kami diberi taklimat dan cara-cara untuk mengendalikan ATV tersebut...masa dengar tak la susah sangat..dah bawa baru tahu...nak mulakan rentak yang susah...hahhahahaha..tune lari...tangan tempioo...
mula la perjalanan kami~
ada yang kekiri kanan handle...hahahhaa klako sangat..langgar lubang tempio handle..da la berat gile...huhuhuhuu....
memang susah handle ATV tu...lama-lama dah dapat rentak..so kami jalan dengan tenangnya menikmati keindahan sekeliling...sangat tenang....turun naik bukit..best sangat..tengok tanaman orang kampung...kami akhirnya sampai di atas puncak bukit....sayup-sayup je tebing..huwaaaaaa akut kite! nie klu tergoleh nie mau ilang nyawa....kami berehat sebentar dan mengambil gambar pemandangan di situ...setelah itu kami meneruskan perjalanan ke sungai....nak turun lagi satu masalah...sayup-sayup je tebing..hahahhaa..akhirnya berjaya...sampai je di sungai..kami parking dan jalan menyusuri sungai..mandi manda di situ....kemudian kami pulang ke tempat permulaan tadi..bersiap-siap dan kami pulang...jom tengok gambar....
lepas nie kemana kekita?????
lepas nie kemana kekita?????
Comments
Post a Comment