PAPRIK AYAM ALA THAI STYLE CIK XARA

11.06.2014 | RUMAH SEWA TAMAN SRI IMPIANA AVENUE, KLUANG

Assalammualaikum,
Hari nie nak  post sikit apa yang cik  xara dah masak . Cik xara nak la sikit kongsi resepi. Ilmu tak baik disimpan seorang. Cik xara pon tak pandai masak tu pon tengok blog orang je. Thanks kepada cik blogger. ok la nie first time cik xara buat paprik thai, sebelum nie tau makan je kawan masak. Sekarang belajar masak sendiri.it,s owhsome!belajar sesuatu yang baru bermakna kita sedang menuju ke hadapan. Jom kita belajar sama-sama. Bismillahhirahmannirrahim~

PAPRIK AYAM ALA THAI


BAHAN-BAHAN
2 ulas bawang kecil (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 sudu cili kisar
1 ichi halia (hiris nipis)
1 batang serai (ketuk)
1 bungkus pes tomyam thai 
2 helai daun limau purut
5@6 biji cili padi ( pecahkan)
1 biji cili besar (mayang)
Minyak
Ayam (ikut suka banyak mana,banyak ayam kuatiti bahan pun kena banyak)

BAHAN HIASAN
Anak jagung
Lobak
Kacang panjang (patahkan dalam 2 inchi panjang)

BAHAN PERASA
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
Garam
Gula 

CARA-CARA
1. Masukkan sedikit minyak untuk menumis (cik xara da tukar jenis minyak....guna olive oil...boleh je klu u olls nk gn minyak biase..)
2.Tumis bawang kecil , bawang putih & serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar & ayam ( goreng separuh masak) sebentar.
4. Masukkan pes tomyam thai & masukkan air mengikut banyak mana kuah mahu.
5. Setelah itu masukkan bahan perasa.
6. Jika sudah masak...masak baru masukkan sayur- sayur & daun limau purut

* selamat mencuba ;)









Comments

Popular posts from this blog

HUTAN LIPUR KAWANG, PAPAR SABAH

SABAH : GG, HAFIZAH, CIK XARA HOLIDAY