PERHENTIAN ISLAND
PERHENTIAN ISLAND | 25.04.2014 - 27.04.2014
Muka toye! Kena tunggu lagi 5 jam untuk flight seterusnya...lama gile bak ang!
Assalammualaikum....hai..hai..hai~ pengembaraan cik xara bermula....kali nie cik xara terima pelawaan kawan cik xara untuk pergi ke rumah beliau di Terengganu. Cik xara lebih suka begpakes!simple!Oleh kerana tidak cukup masa, cik xara terpaksa pilih jalan udara keran ia lebih cepat & mudah. Cik xara sampai di Terengganu pada jam 4 petang. Kawan cik xara yang ambil...beliau kawan cik xara time kat sabah dulu...lama jugak cik xara kenal die dah...4 tahun ...beliau banyak membantu cik xara dalam waktu susah mahu pon senang...ok la nak sambung bebel lagi...lepas zila jemput di airport zila bawa cik xara ke pantai airport untuk makan..sebab cik xara tak makan tengahari lagik tau! Akhirnya dapat jugak cik xara makan SOTONG CELOP-CELOP, UDANG CELOP-CELOP, IKAN CELOP-CELOP...sedapppppp sangggat!! (Anda patut cuba!) Kemudian zila bawa cik xara ke BESOT terus supaya mudah keesokkannya untuk pergi ke jeti PULAU PERHENTIAN. Sampai diBesut kami tinggal di rumah mentua zila..wahhhh filling-filling kat kampong seronooook sangat! Maklum la kampung x de laut....nyaman x bising....biase la mula-mula malu-malu kucing...meowwwww~ lepas makan malam suami zila bawa cik xara pegi WAKAF CHE YEH di KELANTAN memandangkan Kelantan tidak jauh (sempadan Besut) kami jalan-jalan situ bestnye besar pasarnya..plannya kami nak pegi makan MANGGI KETAM tapi melencong..hahhahaa..alang-alang orang kata da sampai tu...esok pagi dalam jam 7.30 kami sarapan diwarung mak mertua zila & tapau sikit makan untuk ke pulau..sarapan orang Terengganu sama macam makan tengahari disebabkan mereka kebanyakkan buat kerja berat. Lepas tu kami terus gerak ke jeti, dalam jam 9.00 kami tiba dijeti. Tunggu bot sampai jam 10 pagi, terus kami menuju ke PULAU PERHENTIAN. Chantik pemandangan sepanjang perjalanan, dengan airnya yang cystal clear yang indah. Kami diturunkan di LANG TENGAH, tukar baju disana kemudian naik bot semula untuk ke point-point snokling. Seronoknya cik xara tengok orang buat aktiviti scuba diving. Cik xara dah x boleh menyelam lagi, lasak-lasak dah x boleh. Jadi banyak point-point kami snokling antaranya
Shark point, turtle point, coral point dapat tengok ANAK JERUNG, PENYU , CORAL.... subhanallah chantik sangat-sangat rasa tak nak balik..huhuhuhuhu...dalam jam 4 petang kami balik ke darat...chantiknya perhentian..Boatman bawa kami pusing perhentian jadi dapat la menikmati pemandangan..chantik x rugi pegi. Cik xara rasa tenang setenangnya....sampai di jeti kami terus balik ke rumah, sampai je nampak pokok mangga muda..ape lagi time to EAT COLEK! Hahhahahah :p sedapnyoooo...besar-besar mangga mentua zila...maceh cik! Sayu tengok muka pakcik makcik sedey da nak balik da...insyAllah ada rezeki saya datang laginya cik. Lepas makan kami pulang ke Kuala Terengganu iaitu rumah keluarga zila. Dalam perjalanan singgah sekejap beli buah tangan. Sayangnya kopok lekor malam-malam kebanyakkannya dah tutup..sedey! Last-last jalan cari jugak sampai jumpa. Jumpa kat LOSONG..x banyak pon beli..berat..cik xara x boleh angkat berat...beli apa yang patut kemudian balik penat sangat dah..sampai rumah keluarga zila cik xara dihidangkan dengan KETUPAT SOTONG..oh! Ya...sekarang musim sotong jadi hari-hari makan sotong...hahahhaaa....sedapnyooo ketupat sotong...dah siap makan cik xara rasa penat sangat, jadi tido awal esok nak bangun awal flight pagi bak ang! Finally! Pulanggggg~ lallalalalalalllaa :-" siap-siap sarapan salam-salam ...zila hantar ke airport..flight jam 8 pagi...rasa sedih nak tinggalkan zila..bila lagi kami jumpa..insyAllah zila ada masa, rejeki cik xara sampai la sana lagi...terima kasih banyak atas layanan yang cukup baik...terima kasih bawa jalan-jalan...terima kasih sudi luangkan masa dengan cik xara...mendengar & bercerita dengan cik xara..& kite terasa akan kekosongan dengan ketiadaan THARENI..dia satu-satunya manusia yang cute & penoh keterujaan..hahhahaha...cik xara rindu awak!
Ok la sampai sini je cik xara tulis...stop bercuti jap...sambung lepas raya...korang tengok la gambar yang x seberapa ini..x banyak gambar, x de siapa nak ambilkan gambar..kamera cikai je..
Will be continue...
Cik xara
Muka toye! Kena tunggu lagi 5 jam untuk flight seterusnya...lama gile bak ang!
SOTONG CELOP-CELOP, IKAN CELOP-CELOP, UDANG CELOP-CELOP
BREAKFRIST ORANG GANU
OTW DARI JETI KE LANG TENGAH
BERANGAN JE..DIVING LAGI TIDAK laaaa....keadaan tidak mengizinkan cik xara T_T
AMEK GAMBAR SENDIRI..AKIBAT HP X CANGGIH...& camre underwater cik xara dah rosak..huwaaaaaaa T_T
MAP PERHENTIAN BESAR & KECIL...drumstick!
air membiru..ahhhh buat cik xara rindu
biasa la g pulau..memang banyk sotong kering...oit..oit..oit..sila jaga mata..ASTAGHFIRULLAHHAL'ZIM!!
cik xara rindu awak!
the cyrstal clear water perhentian island..amazing :)
beso bang ang! mangga nieh! x masam plak tuh..dapat sebijik...mintak la ijin dlu tuan umah..bhahahaha....
ready to eat colek...lalalalalallallala
Terima kasih pakcik makcik bagi saya tumpang rumah...saya dah anggap keluarga ini keluarga baru saya..insyAllah nanti ada rezeki saya datang lagi..hahahha x malu! :p
come back home...flight pagi2 buta...sultan zainal abidin airport to LCCT to senai international airport..pengsan!
bye zila! see next time...insya Allah ad rezeki sampai la lagi cik xara ke Terengganu. after 13 year x pegi pantai timur...skang pegi sendiri je tanpa guide..i love travel....
Comments
Post a Comment