CIK XARA SOTO HOMEMATE
Selamat tengahari semua....baru-baru nie ada buat masak-masak untuk kawan-kawan....cik xara bagi nama resepi tu "SOTO CIK XARA STYLE".....Dengan gigihnya cik xara bawa tenggiling pergi shoping barang soto kat Ecconsave & Aeon Big lepas balik sekolah...esoknya baru cik xara masak...tugas-tugas cik xara da bagi pada member 1 rumah....seorang kena rebus nasi impit..seorang kena jadi asisstant time cik xara masak...terima kasih korang...lalalllala~
Lepas da siap kami makan bersama-sama sampai terpisat-pisat disebabkan sambal kicap tu pedas gileeeee....hahaha...tapi rasa awsome ok!
& cik wawa request lagi nak soto cik xara...bila makan soto nie mesti teringat-ingat orang yang suka soto cik xara....ada sahaja permintaan dari mereka....akan cik xara tunai kan!cair dengan pujuk rayu mereka nak makan soto...uhuhuhuhuhu....tapi dengan syarat! Assistant cik xara jangan lari...lepas tu kami makan dengan happynyaa....tiba-tiba rindu kat you all larhhh my ex housemate!! Ok la cik xara nak share resepi ~
SOTO CIK XARA STYLE
BAHAN SUP
2 ketul Dada ayam
4 biji Bawang besar
3 biji Bawang kecil
4 biji bawang putih
1 inchi Halia
1 paket kecil Rempah sup
3 sudu Minyak masak
1 bungkus sup bunjut
BAHAN SAMBAL KICAP
1/3 teh Kicap (cap kipas...da try yang lain tak sedap..kan pilihan turun temurun)
3biji Bawang kecil
2 biji Bawang putih
1 inchi Belacan
2 sudu Air asam jawa ( ikut rasa sedap arrr)
1 sudu Gula
20 biji Lada kecil
BAHAN HIASAN
Su'un goreng
Kacang tanah goreng
Daun sup
Bergedel
BAHAN REBUSAN
Nasi impit
Mee hoon
CARA-CARA
1. Kisar BAHAN SUP kecuali AYAM & AIR yaaaa...tak kan la korang nk kisar ayam tuuuu....
2. Lebur bahan yang telah dikisar tadi sehingga kekuningan.
3. Rempah sup dimasukkan dikacau & masukkan sup bunjut.
4. Masukkan ayam yang telah dicuci bersih, gaul sebentar.
5. Masukkan air & reneh sehingga masak.
6. Masukkan bahan perasa.
7. Masukkan sedikit daun sup ke dalam sup bagi wangi.
SAMBAL KICAP
1.Goreng semua bahan KECUALI kicap, air asam jawa & gula.
2. Kisar semua bahan goreng bersama kicap.
3. Masukkan air asam jawa & gula.
REBUSAN
Rebus nasi impit
Celur Mee hoon
HIASAN
ambil apa yang diinginkan...
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment